Thursday, September 26, 2013

Kata-Kata Motivasi

Assalamualaikum :)

Lamanya tak mengupdate blog ni . Alhamdullilah, Syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi-Nya.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa mutiara kata yang boleh kita ambik sebagai pedoman dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan ujian daripada Allah Yang Maha Esa.



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. 


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
 Impian harus terus dikejar meski harus bersusah payah. Kamu tak akan mendapatkan apapun jika kamu terus berdiam diri.

Jangan membalas mereka yang menyakitimu, maafkan. Kata maaf darimu akan membuat mereka tak berdaya untuk menyakitimu lagi.


Alhamdullilah, Itulah serba sedikit kata motivasi yang dapat saya ambil dalam pelbagai sumber. Apa-apapun , kita mestilah selalu berusaha untuk terus maju kehadapan ! Jangan menoleh ke belakang, kerana itu adalah masa silam kita, berpalinglah ke hadapan kerana itulah kehidupan yang bakal kita lalui. Semoga kita terus diredhai oleh Allah S.W.T . AMIN. 

Sunday, May 19, 2013

Sambungan 'Kehidupanku'

Assalamualaikum Semua . Heeeeeee. ~ 

Zatie tak nak cakap apaII , okeyh~ Lama dah cerpen Kehidupanku tu tergantung. Jom Sambung! Hehe.


     Alisya Soffya turun kebawah mencari mama dan papanya. 'Mak Mah, mana mama ngan papa? Dah penat Eisya cari, tapi tak jumpa.' Soal Alisya pada pembantu rumahnya.

     'Oh, mama ngan papa Eisya ada kat luar, tengah siapkan untuk birthday Eisya kejap lagi.'

     'Hrum , okey la, Nak tanya mama ngan papa pasal birthday jap. Hehe. Babaii Mak Mah, Assalamualaikum.

----------------------------------------------------------------------------------------

     'Ma, where are my birthday cake?'. Semua dah siapkan? Eisya dah tak sabar ni!' Tanya Alisya pada mamanya.

    'Ya Allah! Mama lupa sayang, jap mama panggil papa. Biar mama jer pergi ngan papa, Eisya duduk rumah, siap cantik-cantik. I want you be a princess today.' Jawab mamanya.

     'Ma ? What? Tak ambik lagi? Cepatlah pergi, nanti tak sempat pulak! Hurry up ma!' Jawab Alisya agak kasar kerana dia takut majlisnya tidak akan berjalan seperti yang diharapkan. Alisya melihat mama ke arah papanya. Dia dapat melihat, papanya menepuk dahi. Mungkin kerana baru ingat akan kek hari lahirnya. Dia terus menuju ke bilik untuk menyiapkan dirinya. Dia mahu memastikan majlis kali ini berjalan dengan baik tanpa sebarang keburukan.


     Jam menunjukkan angka 5.00 petang, Alisya sudah siap dan turun kebawah. Dia hanya menunggu mama dan papanya pulang membawa kek hari lahirnya.

     'Mak Mah, mana papa ngan mama ni? Kawan Eisya dah datang, tapi kek masih tak de. Mama dah janji nak balik cepat.' Sedih sungguh Alisya bila mendapati mama dan papanya masih belum pulang dari kedai kek.

      'Sabar nak, nanti balik la tu, apa kata Alisya pergi layan dulu kawan-kawan Eisya. Suruh dia makan je apa yang ada sekarang, Okey?' Mak Mah cuba menenangkan Alisya yang nampak seperti mahu menangis itu.

      'Okey la, Eisya pergi dulu. Kalau mama ada telifon, Mak Mah panggil Eisya.'

---------------------------------------------------------------------------------------------

     ' Korang, tunggu jap eh? Kek masih tak sampai ahh, mama ngan papa aku still tak balik lagi. Makan lah apa yang ada dulu. By the way, Cantik la korang hari ni ! Semua cun!' Kata Alisya pada kawan-kawannya yang datang.

     'Well, you see the leg la, kau tengok plak kiteorang ni sape.Haha.' Perghhh Riani as know as Queen Talking dah berbunyi.

     'Eleh! perah santan betul lah kau! Aku bukan cakap kat kau la Queen Talking woih.' Alisya pula menyabung. Gamat seketika rumah Alisya dengan suara mereka dan gelak tawa mereka.

     'Alisya! Alisya! Mama ngan papa!' Cemas Mak Mah berbicara, mungkin penat kerana berlari.

     'Rilek Mak Mah, cakap elok-elok, kenapa?'

     'Mama ngan papa Eisya kemalangan!'

      'What?! Mak Mah, tolong la jangan main-main pasal ni.' Alisya cuba mencari kepastian.

      'Kamu ingat Mak Mah nak main-main ngan benda macam ni? Betul la, sekarang ni tengah dibawa ke hospital. Cepat Alisya, Kita ke sana.'

     'Mak Mah, jangan lah main-main, Eisya takut Mak Mah! Jangan lah tipu Eisya macam ni.' Alisya sudah mengeluarkan airmata. Riani hanya mampu mengusap bahu kawan baiknya itu.

     'Nak, sudah la tu, Pak Mat dah siap ada dalam kereta, jom kita ke hospital. Riani, kamu tolong pimpinkan Eisya, teman dia. Yang lain boleh balik.'

------------------------------------------------------------------------------------------

     Mak Mah terus ke arah juru rawat yang berada di kaunter untuk bertanyakan perihal majikannya itu.Juru rawat tersebut memberitahu bahawa Pn. Aieman dan En. Syafiq masih lagi di bilik pembedahan dan keadaan mereka adalah kritikal.

     Terduduk Alisya apabila mendengar khabar itu. Wajahnya sudah lecun dengan airmata dan esak tangis. Bermacam perkara buruk bermain difikirannya. Adakah mama dan papanya dapat diselamatkan? Ataupun akan pergi menghadap maha pencipta? 'Ya Allah, kau selamatkanlah mama dan papa, sesungguhnya, aku tak mampu untuk hidup tanpa mereka.' Doa Alisya didalam hati.

    'Eisya! Kau kena sabar! Jangan macam ni, Insyaallah, mama ngan papa kau akan selamat, kita berdoalah banyak-banyak.' Itulah kata dorongan yang hanya mampu Riani beri pada kawan baiknya itu. Di dalam hati dia juga tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan mama dan papa Alisya.

--------------------------------------------------------------------------------------

Bersambung. :D 

Tuesday, May 14, 2013

.Kami Sahabat Selamanya.




Hai , I love you all ~~ BosanII This is my friends and I 

Okeyh :D Ni kawan saya yang comel ! Kiut sangat. Huhuhu. Yang baju pengakap tu Hafiza dan yang baju  Pandu Puteri tu Leila :D Comel ;) ~~

\
Ini kawan saya, nama dia Aisyah ! I love her. Dia baek, lawak dan suka menyanyi ;) 
Tenggg! hehe, Pemantun Sekolah sekali ngan saya,  Die orang kawan baek saya. Sayang mereka !

This is me and Leila, walau kadangII saya ada buat salah, saya harap dia akan selalu jadi kawan saya, kerana ... Saya Sayang Dia.



Yang baju putih tu namanya Munirah, comel sangat ! ehehe, yang sorang lagi tu Anis , banyak sangat bercakap, tapi dia
memang kiut. ~ 


Ni comel sangatII , nama dia Aisyah ~ Love you


Budak comel ! Hehhe, Time form 1 :) Fatehah namanya ~  I love you Tyhah :D 


Ni hasil tulisan kami bila dah bosan ;) Muahh comel sangat ! I LOVE YOU ALL. 
Okeyh ! Last picture ! Dia orang semua sempoi ! hehe Kaki ambik gambar macam saya. Hehe. :D ~ I love you All ~


Korang , walau apapun yg berlaku harap kita akan sentiasa bersama selamanya ~ I love you . Smile Always. Sekian. ~ 


Pantun Hari Guru

Assalamualaikum :D
   
     Hai comel dan hensemII sekalian :) Sihat tak? Ok, firstly , Zatie nak ucapkan Selamat Hari Ibu untuk semua ibu diseluruh didunia! Sesungguhnya jasa dan pergorbana seorang insan yang bergelar ibu tidak dapat dibalas dengan apaII pun.

     Fuhhhh ! Sekarang ni masa semakin suntuk! Nak buat pantun untuk hari guru pulak, hari tu untuk persaraan pengetua. Aaaa, hope kali ni, majlis Hari Guru kat SMK Kubang Kerian 2 berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 16 Mei adalah hari paling istimewa bagi semua guru. Awak! Guru dah banyak menolong kita mengenal dunia sekarang. Gurulah yang mengajar kita mengira, membaca, menulis. Kalau tak ada guru, siapalah kita? Kosong, kosong, kosong, mcam lagu Najwa Latif tu. hehe. Ni lah antara pantun dah siap, ada yang ciplak dalam blog orang laen, dan ada yang buat sendiri.

16 Mei, setiap tahun,
Semua guru berasa gembira,
Guru bersabar, pelajar tekun,
Itulah rahsia kejayaan bersama.

Asyik belajar tak kira masa,
Ibarat api sedang menyala,
Khidmat guru besarnya jasa,
Ibarat hasil di muka kuala.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Tinggi-tinggi gunung di darat,
Dalam lagi dasar lautan,
Cikgu mengajar tak kenal penat,
Terima kasih kami ucapkan.

Tenggggg! Tu lah serba sedikit pantun yang dah siap, Enjoyyyyy ! >.< Smile Is Better.

Again , Happy Teacher's Day ! Hargai cikgu anda ! Tanpa cikgu siapalah anda ? :)

Thursday, March 14, 2013

Kehidupanku Part2

Sambungan 'Kehidupanku'


    'Wah, banyaknya shopping arini!' Ujar Mak Mah setelah melihat banyak plastik dan beg pusat membeli belah ditangan Alisya Soffya.

     'Hehe, papa ngan mama bagi duit, so apa lagi, Eisya beli la semua yang Eisya nak. Lagipun, this weekend kan birthday Eisya, papa ngan mama promise nak celebrate birthday Eisya.' Laju sahaja Alisya menjawab. Dia senyum memikirkan majlis hari lahirnya nanti.

      'Yang kamu senyum ni kenapa? Mak Mah cakap tadi dengar tak?'

     'Opsss, terlebihh sudah, dengar Mak Mah. Oklah, Eisya nak masuk bilik.' Kata Alisya memberhentikan perbualan. 'Haha, aku tak dengar pom apa yang Mak Mah cakap.Ahh biarlah, aku nak tidurrr, penat!' Bisik Alisya dalam hati.

---------------------------------------------------------------------

     'Ma,pa, about my birthday party macam mana? Ok? Tomorrow  is my birthday.' Tanya Alisya ingin kepastian, bagi dia, hari lahirnya kali ini adalah hari yang paling bermakna bagi dia.

     'Of course dear, Semua dah beres.' Ujar En Syafiq manakala Pn Aieman hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu. 

     'Thanks ma, pa. I love you soooo muchhhh!' Terus Alisya berlari kearah mama dan papanya dan memeluk mereka.

     'Sayang, mama harap ini akan jadi hadiah yang paling bermakna untuk sayang, yea? Mama hope sayang happy selalu, study rajin-rajin sampai boleh ke universiti. Promise me? I love you too. Mama ngan papa sayang sangat ngan Eisya.'

     'Ma, pa, of course! I will do my best in my SPM exam. Eisya pom nak jugak ke negara orang, hehe. Oh yaa ma, my birthday cake mana?'

     'Oh yaaa, baru mama ingat, besok baru dapat ambik kek tu, sabar ek sayang, esok mama ngan pap sendiri yang pergi amik, ok? 

     Ok, mama. Ujar Eisya. Dia sudah tidak sabar menanti hari lahirnya.

------------------------------------------------------------------

*Bersambung.

Hidup Mesti Diteruskan!

Fuh-II
Lama dah tak Update Status, Almost 3 months. Pergh Dalam masa tiga bulan ni banyak yang berlaku, Terlalu banyak. Ada perkara yang buat aku tersenyum dan ada perkara yg buat aku menangis. It really hurt, but sometimes benda tu lah yang mengajar kita erti kehidupan. Be strong! Gambate! Dalam masa 3 bln ni, aku lalui hidup, sangat keliru. Aku mengharapkan sesuatu yang tak mungkin aku dapat. Korang nak tahu tak? Perjalan hidup mengajar aku untuk terus berusaha mencapai apa yang aku inginkan dan buat masa sekarang fokus aku hanya untuk pelajaran dan jugak hal-hal yang berkaitan dengan masa depan aku, Insyaallah.

   Aku happy sangat sebab disaat aku inginkan bantuan, disaat aku sedih, masih ada ramai orang yang cuba buat gembira. Aku rasa sangat dihargai. :D Thanks Kawanku sekalian. Terutama, Aisyah aka Mek Ecoh Sayong, Eyka aka Raja, Nabil, Azam, Tyhah, Tira, Marwani dan ramai lagi, diorang bagi aku semangat! Disebabkan diorang aku dapat kembalikan balik senyuman aku. Aku sayey gilo ko sep mum! Hahaha :) Nabil dan Azam, Thanks sbb sep mu nyanyikan banyak lagu utk aku, sep buat lawak supaya aku senyum, sep mu pujuk aku suruh aku happy balik, thanks weh! aku sayey saem2 aku :D


Enough for today. Assalamualaikum.
Ps/ Gambate mean Good Luck. In Japan~

Monday, December 24, 2012

FIRST CERPEN :) *KEHIDUPANKU*

                                 ASSALAMUALAIKUM *


Di entry yang last sekali hari tu, Zatie ada cakap nak try buat cerpenkan? Ok, this my first cerpen, so of couse lha kualiti cerpen ni tak bagus sangat! Sebenarnya dah lama Zatie mengidam nak buat cerpen, dan sekarang baru ada masa nak buat cerpen nim. Tajuk my first cerpen ni ialah "KEHIDUPANKU"


 
     Alisya Soffya melompat kegembiraan di dalam kamar setelah mendapat tahu yang permintaannya untuk membuat pesta hari lahirnya pada 7 Januari nanti diterima baik oleh mama dan papanya. Untuk pertama kali dalam sejarah hidup Alisya, dan dia sangat berharap ia pesta ini akan jadi kenangan yang terindah dalam hidupnya.
 
   "Yeaaaaa! Akhirnya mama dan papa bagi jugak aku buat birthday party. Setelah sekian lama aku menunggu, dapat jugak. Best nyer, tak sabar nak tunggu birthday aku!" Ujar Alisya keseorangan dikamarnya. Walau sebenarnya dia agak pelik, kerana selama ini mama dan papanya tidak pernah menerima permintaan nya untuk membuat pesta hari lahirnya.
 
  "Ah, pedulikan jer lha pasal tu, maybe mama ngan papa bru terbuka hati kot. Yang penting sekarang ni aku kena decide and pikir pasal birthday party aku! Yeaaaa!" kata Alisya sambil memikirkan tentang tema pesta hari lahirnya.

    Malam itu Alisya tidur dengan nyenyak sekali kerana terlalu gembira memikirkan hal pesta hari lahirnya. Alisya tersedar apabila jam sudah menunjukkan jarum panjang tepat di angka 12 dan jarum pendek tepat diangka 7.  Alisya memandang sekilas jam di meja yg terdapat ditepi katilnya lalu menyambung tidur.
 
   "Oh, baru pukul tujuh." Alisya berkata sambil menekup mukanya dengan bantal.

   "What! Pukul tujuh? Oh my god! Alamak lewat lha aku kesekolah hari ni. Oh no, aku tak nak kena denda ngan Cikgu Asman yang garang mengalahkan bapak singa tu." Sempat lagi Alisya membebel walaupun sudah terlewat. Dia segera bangun untukmengambil tuala dan menuju kebilik mandi sambil berlari anak.

    Setelah selesai bersiap dan menunaikan solat subuh, hehe walaupun 'terlewat', Alisya turun ke tngkat bawah untuk bersarapan dan kesekolah. Alisya menuruni tangga dengan laju hingga menyebabkan semua 3 pasang mata milik mama, papa dan juga pembantu rumahnya Mak Mah mengalih pandangan kearahnya.

     "Eisya, cuba turun tangga tu slow-slow, kang terjatuh, tak kesekolah la jawabnya.Dahla hari ni baru third day sekolah" Nasihat Pn. Aieman kepada anaknya tunggalnya itu.
   
     "Hehe, sorry my lovely mama. Eisya terlewat bangun lha, sebab tu berlari, Ma, kalau Eisya tak kesekolah, Eisya pegi mana? tanya Alisya kebingungan.

     "Kamu ni Eisya, blur sungguh anak papa ni. Kalau jatuh mestilah  tak pergi sekolah tapi pergi hospital sayang." Sampuk En. Syafiq.

    "Owh! hehe baru paham. Peace!" kata Alisya lagi sambil mengangkat tangan dan menunjukkan peace kearah mama dan papanya itu.

     "Dah lha tu, jam dah pukul 7.30 tuh, cepat siap! Terlewat kang sapa yang susah? Eisya jugak." kata Pn. Aieman memberhentikan perbualan itu. Pembantu rumahnya Mak Mah hanya mengeleng kepala melihat terlatah keluarga itu.

     Setelah selesai memakan sekeping sandwich dan meminum air coklat panas kegemarannya, Alisya bangun dan bersalam dengan mama dan papanya.

     " Pak Mat, where are you? Eisya dah lambat ni." Alisya memanggil Pak Mat, driver di rumahnya.

     "Ye cik Eisya, meh Pak Mat hantarkan Eisya." Ujar Pak Mat dengar sopan sambil membuka pintu kereta untuk anak majikannya itu.

   Sampai jugak kesekolah, ahh nasib baik sempat. Mujur lah perjalan untuk kesekolah tidak mengambil masa yang lama. Sebelum melangkah keluar dari kereta sempat lagi Alisya mengucapakan sesuatu kepada Pak Mat.

     "Pak Mat, tak payah la panggil Eisya, Cik Eisya. Bagi Eisya, Pak Mat ni dah macam family Eisya. So tak payah panggil Eisya, Cik Eisya. Ok?" Ucap Alisya seakan memberi arahan.

     "Baiklha Cik Eisya, ehhh tak, Eisya." Kalut Pak Mat membetulkannya.

     Terus Alisya turun dari kereta dan berlari anak menuju ke kelas. Setelah sampai dikelas Alisya terus menuju ketempat duduk nya, iaitu disebelah rakan baik nya Riani, atau lebih dikenali Ria as know as 'Queen Talking'. Semua pelajar mengelarnya begitu atas sebab mulutnya yang susah untuk berhenti bercakap, tapi depan cikgu, mak aihh! Sopan benor dia,senyap terus mulut si 'Queen Talking' ni!

    "Asal kau senyum-senyum ni? Orang lain kalau datang lewat muka cam suami yang tengah tunggu isteri dia beranak, kalut habis doe. Yang kes kau nim penyakit apa entah, datang-datang senyum cam kerang busuk, kalau wangi tak apa la jugak. Ni mesti ada good news kan? Cite la kat aku" Kata Riani bertalu-talu. Haaa kan dah cakap, mulut dia, perghhh laju gilerrr!

    "Weii 'Queen Talking', agak-agak laaa,bagi aku rehat dulu, penat doe lari, mujur tak kena tangkap ngan Cikgu Asman. Kalau kena, memang mampus aku. Aku senyum mesti la ada good news! Haha" Ujar Alisya pulak. Memang boleh jadi kawan baik la, sekepala.

   "Haaa kan aku dah cakap, ni mesti ada good news, so apa dia good news tu?" tanya Riani teruja.

     "Mama and papa aku agree ngan permintaan aku nak buat birthday party kat rumah aku! Tak sabar nya aku. Oh my dear! This my first birthday party, dah 17 tahun aku hidup, baru boleh buat birthday party aku. Teruja Alisya menceritakan tentang perkara itu.

    "What?! Seriously? Hahaha, cam tak percaya jer mama and papa kau bagi buat birthday party untuk kau." Agak kuat Riani  mengujarkannya hingga semua mata tertumpu pada mereka.
"Opsss, sorry korang, okeyh aku akan perlahankan suara aku. Hihihi" Ujar Riani memohon maaf pada seluruh pelajar yang berada dikelas.

    "Seriouslha, kau ingat aku tipu? Eh, nanti habis sekolah kau teman aku keluar beli barang-barang untuk party ehh?" Pohon Alisya.

     "Okeyh, bisa diatur bukkk! Kau pom tahu, aku kalau bab-bab shopping memang number 1. Weii cikgu datang lha, shut up now!"  Time cikgu nak datang cepat jer kau senyap? Aisshh Ria, memang boleh jadi pelakon la kau ni. Kata Alisya didalam hati.


                                                                  BERSAMBUNG