Thursday, September 26, 2013

Kata-Kata Motivasi

Assalamualaikum :)

Lamanya tak mengupdate blog ni . Alhamdullilah, Syukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi-Nya.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa mutiara kata yang boleh kita ambik sebagai pedoman dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan dan ujian daripada Allah Yang Maha Esa.



“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286. 


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
 Impian harus terus dikejar meski harus bersusah payah. Kamu tak akan mendapatkan apapun jika kamu terus berdiam diri.

Jangan membalas mereka yang menyakitimu, maafkan. Kata maaf darimu akan membuat mereka tak berdaya untuk menyakitimu lagi.


Alhamdullilah, Itulah serba sedikit kata motivasi yang dapat saya ambil dalam pelbagai sumber. Apa-apapun , kita mestilah selalu berusaha untuk terus maju kehadapan ! Jangan menoleh ke belakang, kerana itu adalah masa silam kita, berpalinglah ke hadapan kerana itulah kehidupan yang bakal kita lalui. Semoga kita terus diredhai oleh Allah S.W.T . AMIN. 

No comments:

Post a Comment