Monday, December 24, 2012

FIRST CERPEN :) *KEHIDUPANKU*

                                 ASSALAMUALAIKUM *


Di entry yang last sekali hari tu, Zatie ada cakap nak try buat cerpenkan? Ok, this my first cerpen, so of couse lha kualiti cerpen ni tak bagus sangat! Sebenarnya dah lama Zatie mengidam nak buat cerpen, dan sekarang baru ada masa nak buat cerpen nim. Tajuk my first cerpen ni ialah "KEHIDUPANKU"


 
     Alisya Soffya melompat kegembiraan di dalam kamar setelah mendapat tahu yang permintaannya untuk membuat pesta hari lahirnya pada 7 Januari nanti diterima baik oleh mama dan papanya. Untuk pertama kali dalam sejarah hidup Alisya, dan dia sangat berharap ia pesta ini akan jadi kenangan yang terindah dalam hidupnya.
 
   "Yeaaaaa! Akhirnya mama dan papa bagi jugak aku buat birthday party. Setelah sekian lama aku menunggu, dapat jugak. Best nyer, tak sabar nak tunggu birthday aku!" Ujar Alisya keseorangan dikamarnya. Walau sebenarnya dia agak pelik, kerana selama ini mama dan papanya tidak pernah menerima permintaan nya untuk membuat pesta hari lahirnya.
 
  "Ah, pedulikan jer lha pasal tu, maybe mama ngan papa bru terbuka hati kot. Yang penting sekarang ni aku kena decide and pikir pasal birthday party aku! Yeaaaa!" kata Alisya sambil memikirkan tentang tema pesta hari lahirnya.

    Malam itu Alisya tidur dengan nyenyak sekali kerana terlalu gembira memikirkan hal pesta hari lahirnya. Alisya tersedar apabila jam sudah menunjukkan jarum panjang tepat di angka 12 dan jarum pendek tepat diangka 7.  Alisya memandang sekilas jam di meja yg terdapat ditepi katilnya lalu menyambung tidur.
 
   "Oh, baru pukul tujuh." Alisya berkata sambil menekup mukanya dengan bantal.

   "What! Pukul tujuh? Oh my god! Alamak lewat lha aku kesekolah hari ni. Oh no, aku tak nak kena denda ngan Cikgu Asman yang garang mengalahkan bapak singa tu." Sempat lagi Alisya membebel walaupun sudah terlewat. Dia segera bangun untukmengambil tuala dan menuju kebilik mandi sambil berlari anak.

    Setelah selesai bersiap dan menunaikan solat subuh, hehe walaupun 'terlewat', Alisya turun ke tngkat bawah untuk bersarapan dan kesekolah. Alisya menuruni tangga dengan laju hingga menyebabkan semua 3 pasang mata milik mama, papa dan juga pembantu rumahnya Mak Mah mengalih pandangan kearahnya.

     "Eisya, cuba turun tangga tu slow-slow, kang terjatuh, tak kesekolah la jawabnya.Dahla hari ni baru third day sekolah" Nasihat Pn. Aieman kepada anaknya tunggalnya itu.
   
     "Hehe, sorry my lovely mama. Eisya terlewat bangun lha, sebab tu berlari, Ma, kalau Eisya tak kesekolah, Eisya pegi mana? tanya Alisya kebingungan.

     "Kamu ni Eisya, blur sungguh anak papa ni. Kalau jatuh mestilah  tak pergi sekolah tapi pergi hospital sayang." Sampuk En. Syafiq.

    "Owh! hehe baru paham. Peace!" kata Alisya lagi sambil mengangkat tangan dan menunjukkan peace kearah mama dan papanya itu.

     "Dah lha tu, jam dah pukul 7.30 tuh, cepat siap! Terlewat kang sapa yang susah? Eisya jugak." kata Pn. Aieman memberhentikan perbualan itu. Pembantu rumahnya Mak Mah hanya mengeleng kepala melihat terlatah keluarga itu.

     Setelah selesai memakan sekeping sandwich dan meminum air coklat panas kegemarannya, Alisya bangun dan bersalam dengan mama dan papanya.

     " Pak Mat, where are you? Eisya dah lambat ni." Alisya memanggil Pak Mat, driver di rumahnya.

     "Ye cik Eisya, meh Pak Mat hantarkan Eisya." Ujar Pak Mat dengar sopan sambil membuka pintu kereta untuk anak majikannya itu.

   Sampai jugak kesekolah, ahh nasib baik sempat. Mujur lah perjalan untuk kesekolah tidak mengambil masa yang lama. Sebelum melangkah keluar dari kereta sempat lagi Alisya mengucapakan sesuatu kepada Pak Mat.

     "Pak Mat, tak payah la panggil Eisya, Cik Eisya. Bagi Eisya, Pak Mat ni dah macam family Eisya. So tak payah panggil Eisya, Cik Eisya. Ok?" Ucap Alisya seakan memberi arahan.

     "Baiklha Cik Eisya, ehhh tak, Eisya." Kalut Pak Mat membetulkannya.

     Terus Alisya turun dari kereta dan berlari anak menuju ke kelas. Setelah sampai dikelas Alisya terus menuju ketempat duduk nya, iaitu disebelah rakan baik nya Riani, atau lebih dikenali Ria as know as 'Queen Talking'. Semua pelajar mengelarnya begitu atas sebab mulutnya yang susah untuk berhenti bercakap, tapi depan cikgu, mak aihh! Sopan benor dia,senyap terus mulut si 'Queen Talking' ni!

    "Asal kau senyum-senyum ni? Orang lain kalau datang lewat muka cam suami yang tengah tunggu isteri dia beranak, kalut habis doe. Yang kes kau nim penyakit apa entah, datang-datang senyum cam kerang busuk, kalau wangi tak apa la jugak. Ni mesti ada good news kan? Cite la kat aku" Kata Riani bertalu-talu. Haaa kan dah cakap, mulut dia, perghhh laju gilerrr!

    "Weii 'Queen Talking', agak-agak laaa,bagi aku rehat dulu, penat doe lari, mujur tak kena tangkap ngan Cikgu Asman. Kalau kena, memang mampus aku. Aku senyum mesti la ada good news! Haha" Ujar Alisya pulak. Memang boleh jadi kawan baik la, sekepala.

   "Haaa kan aku dah cakap, ni mesti ada good news, so apa dia good news tu?" tanya Riani teruja.

     "Mama and papa aku agree ngan permintaan aku nak buat birthday party kat rumah aku! Tak sabar nya aku. Oh my dear! This my first birthday party, dah 17 tahun aku hidup, baru boleh buat birthday party aku. Teruja Alisya menceritakan tentang perkara itu.

    "What?! Seriously? Hahaha, cam tak percaya jer mama and papa kau bagi buat birthday party untuk kau." Agak kuat Riani  mengujarkannya hingga semua mata tertumpu pada mereka.
"Opsss, sorry korang, okeyh aku akan perlahankan suara aku. Hihihi" Ujar Riani memohon maaf pada seluruh pelajar yang berada dikelas.

    "Seriouslha, kau ingat aku tipu? Eh, nanti habis sekolah kau teman aku keluar beli barang-barang untuk party ehh?" Pohon Alisya.

     "Okeyh, bisa diatur bukkk! Kau pom tahu, aku kalau bab-bab shopping memang number 1. Weii cikgu datang lha, shut up now!"  Time cikgu nak datang cepat jer kau senyap? Aisshh Ria, memang boleh jadi pelakon la kau ni. Kata Alisya didalam hati.


                                                                  BERSAMBUNG









 

No comments:

Post a Comment