Assalamualaikum Semua . Heeeeeee. ~
Zatie tak nak cakap apaII , okeyh~ Lama dah cerpen Kehidupanku tu tergantung. Jom Sambung! Hehe.
Alisya Soffya turun kebawah mencari mama dan papanya. 'Mak Mah, mana mama ngan papa? Dah penat Eisya cari, tapi tak jumpa.' Soal Alisya pada pembantu rumahnya.
'Oh, mama ngan papa Eisya ada kat luar, tengah siapkan untuk birthday Eisya kejap lagi.'
'Hrum , okey la, Nak tanya mama ngan papa pasal birthday jap. Hehe. Babaii Mak Mah, Assalamualaikum.
----------------------------------------------------------------------------------------
'Ma, where are my birthday cake?'. Semua dah siapkan? Eisya dah tak sabar ni!' Tanya Alisya pada mamanya.
'Ya Allah! Mama lupa sayang, jap mama panggil papa. Biar mama jer pergi ngan papa, Eisya duduk rumah, siap cantik-cantik. I want you be a princess today.' Jawab mamanya.
'Ma ? What? Tak ambik lagi? Cepatlah pergi, nanti tak sempat pulak! Hurry up ma!' Jawab Alisya agak kasar kerana dia takut majlisnya tidak akan berjalan seperti yang diharapkan. Alisya melihat mama ke arah papanya. Dia dapat melihat, papanya menepuk dahi. Mungkin kerana baru ingat akan kek hari lahirnya. Dia terus menuju ke bilik untuk menyiapkan dirinya. Dia mahu memastikan majlis kali ini berjalan dengan baik tanpa sebarang keburukan.
Jam menunjukkan angka 5.00 petang, Alisya sudah siap dan turun kebawah. Dia hanya menunggu mama dan papanya pulang membawa kek hari lahirnya.
'Mak Mah, mana papa ngan mama ni? Kawan Eisya dah datang, tapi kek masih tak de. Mama dah janji nak balik cepat.' Sedih sungguh Alisya bila mendapati mama dan papanya masih belum pulang dari kedai kek.
'Sabar nak, nanti balik la tu, apa kata Alisya pergi layan dulu kawan-kawan Eisya. Suruh dia makan je apa yang ada sekarang, Okey?' Mak Mah cuba menenangkan Alisya yang nampak seperti mahu menangis itu.
'Okey la, Eisya pergi dulu. Kalau mama ada telifon, Mak Mah panggil Eisya.'
---------------------------------------------------------------------------------------------
' Korang, tunggu jap eh? Kek masih tak sampai ahh, mama ngan papa aku still tak balik lagi. Makan lah apa yang ada dulu. By the way, Cantik la korang hari ni ! Semua cun!' Kata Alisya pada kawan-kawannya yang datang.
'Well, you see the leg la, kau tengok plak kiteorang ni sape.Haha.' Perghhh Riani as know as Queen Talking dah berbunyi.
'Eleh! perah santan betul lah kau! Aku bukan cakap kat kau la Queen Talking woih.' Alisya pula menyabung. Gamat seketika rumah Alisya dengan suara mereka dan gelak tawa mereka.
'Alisya! Alisya! Mama ngan papa!' Cemas Mak Mah berbicara, mungkin penat kerana berlari.
'Rilek Mak Mah, cakap elok-elok, kenapa?'
'Mama ngan papa Eisya kemalangan!'
'What?! Mak Mah, tolong la jangan main-main pasal ni.' Alisya cuba mencari kepastian.
'Kamu ingat Mak Mah nak main-main ngan benda macam ni? Betul la, sekarang ni tengah dibawa ke hospital. Cepat Alisya, Kita ke sana.'
'Mak Mah, jangan lah main-main, Eisya takut Mak Mah! Jangan lah tipu Eisya macam ni.' Alisya sudah mengeluarkan airmata. Riani hanya mampu mengusap bahu kawan baiknya itu.
'Nak, sudah la tu, Pak Mat dah siap ada dalam kereta, jom kita ke hospital. Riani, kamu tolong pimpinkan Eisya, teman dia. Yang lain boleh balik.'
------------------------------------------------------------------------------------------
Mak Mah terus ke arah juru rawat yang berada di kaunter untuk bertanyakan perihal majikannya itu.Juru rawat tersebut memberitahu bahawa Pn. Aieman dan En. Syafiq masih lagi di bilik pembedahan dan keadaan mereka adalah kritikal.
Terduduk Alisya apabila mendengar khabar itu. Wajahnya sudah lecun dengan airmata dan esak tangis. Bermacam perkara buruk bermain difikirannya. Adakah mama dan papanya dapat diselamatkan? Ataupun akan pergi menghadap maha pencipta? 'Ya Allah, kau selamatkanlah mama dan papa, sesungguhnya, aku tak mampu untuk hidup tanpa mereka.' Doa Alisya didalam hati.
'Eisya! Kau kena sabar! Jangan macam ni, Insyaallah, mama ngan papa kau akan selamat, kita berdoalah banyak-banyak.' Itulah kata dorongan yang hanya mampu Riani beri pada kawan baiknya itu. Di dalam hati dia juga tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan mama dan papa Alisya.
--------------------------------------------------------------------------------------
Bersambung. :D
No comments:
Post a Comment